Azam Ramadhan
Salam Ramadhan semua! Dah 6 hari dah kita berpuasa kan? aku pun sejak last post tu kata nak cuti 3 hari je, sampai ke la ni baru nak post baru haha. Maklum la, Ramadhan kot. Busy buat kerja rumah dan malam2 bertarawikh pulak kan. Ramadhan tahun ni, aku berazam nak bertarawikh 20 rakaat lebih kerap drpd last year. Tahun lepas aku puasa kat hostel. Tarawikh pun 8 rakaat je kau dalam bilik haha :) So tahun ni, kena rajinkan diri solat tarawikh 20 rakaat. Aku berazam gak puasa ni konon taknak sebut perkataan2 terlarang yg start dgn huruf B semua tu lah hehe. Tapi aku ni, haihh siang2 sambil menggosok baju sambil tengok drama. Pastu, bila ada scene yg tutt tutt tu aku automatik tersebut perkataan B tu hailaaa. Tulah, tak senang kan nak jadi baik ni..eh pulak? haha. Aku nak start buang habit2 buruk aku yang kecik2 ni dulu. Pastu bila yang kecik dah bersih hilang semua, baru aku nak ambil langkah yang lebih besar iaitu ubah perangai buruk yg besar2 lak. Aku ni telah dibesarkan dg...