Azam Ramadhan
Salam Ramadhan semua! Dah 6 hari dah kita berpuasa kan? aku pun sejak last post tu kata nak cuti 3 hari je, sampai ke la ni baru nak post baru haha. Maklum la, Ramadhan kot. Busy buat kerja rumah dan malam2 bertarawikh pulak kan. Ramadhan tahun ni, aku berazam nak bertarawikh 20 rakaat lebih kerap drpd last year. Tahun lepas aku puasa kat hostel. Tarawikh pun 8 rakaat je kau dalam bilik haha :)
So tahun ni, kena rajinkan diri solat tarawikh 20 rakaat. Aku berazam gak puasa ni konon taknak sebut perkataan2 terlarang yg start dgn huruf B semua tu lah hehe. Tapi aku ni, haihh siang2 sambil menggosok baju sambil tengok drama. Pastu, bila ada scene yg tutt tutt tu aku automatik tersebut perkataan B tu hailaaa. Tulah, tak senang kan nak jadi baik ni..eh pulak? haha. Aku nak start buang habit2 buruk aku yang kecik2 ni dulu. Pastu bila yang kecik dah bersih hilang semua, baru aku nak ambil langkah yang lebih besar iaitu ubah perangai buruk yg besar2 lak. Aku ni telah dibesarkan dgn diapit oleh 2 orang lelaki. Abang aku & adik aku. Jadinya, aku ni dah terbiasa bergaduh je sepanjang masa. Kalau kitaorg berbaik pun, sekejap sangat. Aku tak tahan berbaik lama2 sangat sebab rasa semacam haha. Jadi kalau boleh pun, habit bergaduh sepanjang masa ni aku nak kurangkan lah hehe. Tambahan pulak ni Ramadhan. Tak elok gaduh2 en en en.
Azam seterusnya pulak, aku nak kurangkan tengok tv. Abah aku dok tegur aku haritu sebab aku gosok kain sambil layan kdrama. Bukan apa, aku ni kalau buat kerja, aku nak kena ada benda utk entertain aku. Tak kira la sama ada bekerja sambil bersembang ke, dengar lagu ke, sambil layan drama ke..asalkan ada peneman bekerja. Bosan ah kalau x. Semalam aku baru je habiskan 2 drama yang aku dok ikut selama ni haha. Habis dah. Ramadhan ni bulan mulia, bulan keampunan, bulan beribadah, nak kurangkan la aktiviti tak bermanfaat aku tu. So from now on, aku taknak terikat dengan mana2 drama dah. Itu azam aku. Aku taknak tengok drama merepek dah kat tv Ramadhan ni. Mungkin sedikit demi sedikit aku boleh buang aktiviti tu. Heyy, at least kita cuba drpd tak kan. Oklah, aku dh xtau nak cakap apa dah. Papepun, selamat menjalani ibadah puasa uolls! Jangan ponteng tarawikh! Walaupun tu ibadah sunat je, buat jelah. Dahla setahun sekali je ada kan? Ok tata & selamat berbuka!!
Ni azam aku Ramadhan ni, azam korang apa?? cer citer cer citer :D

Comments
Post a Comment