Perkara yang Wanita WAJIB Ketahui tentang Hal Solat!

Assalamualaikum. So harini aku dapat info baru, well tak lah baru sangat tapi selama ni aku ada was-was sikit tentang benda ni. Jadi, berdasarkan tajuk entry kat atas nun..aku nak cakap pasal hal solat harini yang MUNGKIN..mungkin sahaja sering dipandang enteng dan diambil ringan oleh kebanyakan daripada kita, kaum hawa ni. Antaranya adalah:

1. Sekiranya kita berwudhuk, dan jika terdapat sebarang angin/kentut yang keluar dari faraj, maka HUKUMNYA BATAL lah wudhuk kita itu tadi. Ramai yang berdebat soal ini, sebabnya kalau mengikut logik akal kita, angin yang dari "depan" tu tidak ddapat dikawal bukan? bukannya macam angin dari dubur kan? Tapi, kita ni hanyalah manusia. Dan! Jangan sesekali, JANGAN SESEKALI gunakan atau bergantung pada logik akal sahaja tentang hal agama. Silap2 boleh murtad kau nanti sebab terlalu mengikut logik akal! Nauzubillahi min zalik.. Kalau fikirkan jugak, ni teori aku la..kalau ikutkan, kalau angin dari qubul (punggung) yang jadi tempat untuk keluarkan najis tu menyebabkan wudhuk batal, maka apa bezanya dengan lubang dubur (faraj) bukan? Fikirkanlah..Makanya antara langkah yg berjaga2 kita harus ambil adalah seperti berikut:

- Berdehem selepas membuang air kecil.
- Membasuh kemaluan dengan sempurna.
- Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yg nipis dan bersih.
- Kemudian memakai seluar dalam dengan kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwudhuk dan menunaikan solat.


2. Telekung. Haa. Ni masalah utama kaum wanita ASIA. Kenapa aku kata ASIA? sebabnya telekung kita kebanyakannya berwarna PUTIH. Dan bila warna dia putih, maka selalunya kain dia jarang kan? Bila jarang, agak2 boleh ke kau nak pakai solat? Kalau pakai tudung jarang pun kena pakai inner, apasal kalau pakai telekung untuk solat kalau x pakai inner boleh pulak? Haaaa! Ni lah dia.  Kalau hanya bahagian kepala dan leher yang nipis dan jarang, pakai jela inner. Tapi dah kalau telekung kau jenis kain nipis atas sampai bawah termasuk kain solat sekali, pakai lah baju berlengan panjang dan pakai lah stokin. Kalau nak lebih terjamin, belilah kain telekung yg material lycra tu. Tapi tu pun kena hati2 jugak! Sebab kain lycra, kalau tak pakai serkup kepala, boleh terpacak rambut kau keluar dari telekung tu haa! Hati2 ye! Dan kalau nak pakai STOKING, sila pastikan stoking anda TIDAK JARANG atau BERLUBANG!


Kain telekung JARANG!!! (pakai inner please)


Sekian sahaja dari aku hari ni. Ingat kaum wanita, kita kena betul2 HATI-HATI dengan benda2 ni sebab risau solat kita tak sah. Kalau yang baru tahu tu, yang lepas tu kita biarkan. Asalkan jangan ulang balik kesalahan lepas dah dapat tahu info ni tau! Assalamualaikum & selamat beribadah! <3

Comments

  1. Whoa, banyak saya dapat belajar dari sister melalui post ini. Keep it up! ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What is ENCOM all about?! Part 1 (CFS ver.)

Internship Experience

IIUM Pagoh, Johor