Third stop: Back to Cairo


Assalamualaikum. Hari ni aku ada semangat baru nak tulis sambungan kembara aku bulan lepas sebab aku terharu ada orang baca blog aku ni T_T. Tak ada la syok sendiri je kan menulis kekeke. 

Masa nak bertolak balik ke Cairo tu, kitorang sebenarnya dah tersasar dari waktu yang sepatutnya kitorang dah bajet. Disebabkan kitorang dah syok sangat kesana kesini melawat tempat2 kat Alexandria tu, masa tu dah nak petang dah baru kitorang nak bertolak balik ke Cairo. Masa tu waktu orang balik bekerja. Ambik kau! Stuck dalam jam for 3 hours! Gila betul. Aku bangun tidur bangun tidur pun we're still stuck in the jam (; ̄Д ̄)


Sesampainya kat Cairo, we had dinner at our Egyptian family's house, and lepak there for a few hours. The weather was extra cold that night and I was freezing, sampaikan dalam rumah pun pakai lagi jacket and gloves! Siap pakai beanie lagi sebab seriously, it was really cold that night! Tak ingat berapa celsius. I think it was below 10 degrees (⊙_⊙) The locals boleh relax je kan, but orang tropika macam kitorang ni memang kesejukan la kan! Rasa macam lega sangat bila dapat food haha, bertambah-tambah makan. Almaklum, duduk dalam coaster berapa jam kan, takde stop makan dah sampai lah kitorang jejak Cairo. The family served us the Arab halwa, yang I find it so cute.
Egyptian food

Btw, benda2 warna coklat dalam nasi tu mcm makaroni jenis halus. Dorang goreng dulu pastu gaul dalam nasi dia. Potato tu pun sedap yang amat!


Macam bird's nests the halwa!
Maka selepas makan, kami pun pulang ke rumah dan berehat. Esoknya, kami pergi ke Masjid Sayyidina Husain, cucunda Rasulullah SAW. Masjid ni adalah tempat WAJIB untuk ziarah dan singgah bila kita datang Cairo tau. Maqam cucunda Rasulullah, Sayyidina Husain terletak kat situ. Kitorang pergi masjid tu dan kemudiannya jalan-jalan kat area Masjid Husain yang sangat famous tu. Nama glamour tempat tu Khan Al-Khalili. Kalau aku, aku panggil tempat tu Masjid Hussain je LOL. 

Masjid Sayyidina Husain R.A



Ada tips nak share sikit ni. Kalau nak shopping kat sini, jangan beli barang kat kedai bahagian depan-depan. Khan Al-Khalili ni jauh tau. Dia punya kedai ada banyakkkk, so make sure korang membeli secara bijak dengan pergi kedai-kedai yang lebih ke dalam sikit sebab HARGA LEBIH MURAH kat sana. Why shop for the same thing at a higher price if you can get it at a cheaper price kan? Kat Egypt ni, yang benda berbaloi that we can buy tu macam tongkat, tasbih cocoa, pashmina and little things like handsocks. Murah murah, handsocks tu they sell it at only 3 genih which is really cheap! Duit Egypt murah, and for us to shop there takde problem la macam nak shop kat Jordan atau Kuwait lah kan obviously! Sebab barang2 dia MURAH GILA! Jangan la pergi mall dia ke apa kan, kat situ harga mall la kan haha. Pergi street shops dia. Dorang ada jual batu-batuan untuk buat gelang ke, rantai ke, cincin ke. Batu fairuz ke apa ke ada kat Khan Al-Khalili ni.

Since semua orang yang join this trip sukakan tasbih, so we stopped by this one shop kat area masjid ni. We spent probably 2 hours lebih kat situ sebab tunggu Pak cik Yahya tu repair sorang-sorang punya tasbih. Dia pun kalut layan kerenah kitorang haha! Dia sorang je bekerja, kitorang ni ada 10 orang, mana tak kibut pak cik tu! Tapi terer ah dia buat tasbih! Dia jual tasbih dari yang 33 biji sampai lah yang 1000 biji pun dia buat kau! Hah, ko hado?! hahaha

Ni dia Pak cik Yahya


Kedai dia terceruk je kat area masjid tu. Kalau orang tak jalan tengok semua, memang tak nampak kedai dia ni. Dia boleh buat customised tasbih ikut cita rasa kita. Nak beads campur colour ke, tali tasbih warna lain ke, pun boleh. And he sells the tasbihs really cheap tau! Tasbih cocoa 100 biji dia jual 45 genih, even lagi murah pun ada. Sebab tu aku cakap tadi, kat Egypt ni barang dia super murah, bahagia je nak shopping tau. Lepas dah penat berjalan shopping tongkat semua, we all rehat kat this one restaurant that sells Egyptian pancakes. However, instead of buying the pancakes, we bought pizza haha! I ordered strawberry juice, and IT WAS DELICIOUS MAN!


Last but not least, we all singgah kedai jus sebelum balik rumah. And to be honest, this is one of the things that I like about Egypt the most! Kedai jus buah fresh merata-rata! Tepi-tepi jalan je tau. Senang nak cari jus buah fresh. Nak nak kalau datang masa winter, ada pomegranate. Jus dia sedappp sangat. They also have air tebu, tu fav my parents o( ❛ᴗ❛ )o

Banyak gila stok buah dia haaaa


Okay, panjang sangat dah post ni. Aku dah tak larat nak coret dah. Lain kali pulak hehe! Papai!





Comments

Popular posts from this blog

What is ENCOM all about?! Part 1 (CFS ver.)

Internship Experience

IIUM Pagoh, Johor