The Beauty of Pagoh :)

Assalamualaikum everyone!

Dah lama sangat dah blog ni takde post baru hehehe. Sorry la, makcik busy sikit. Almaklum, dah final sem gitteww (puih!). Tapi memang betul pun sekarang ni aku tengah final sem, sebabtu busy luar biasa. Masa ni la nak kena siapkan Final Year Project (FYP), masa ni gak la kena cari tempat intern...tak menang tangan! Agak kucar-kacir juga lah hidup aku sem ni, macam sem-sem lepas jugak pun LOL!

Sebenarnya aku tak sabar nak tunggu convo. Walaupun intern belum lagi, tapi rasa seronok nak tunggu convo tu ya ampun tak terkata. Well, memang la zaman belajar seronok, aku enjoy je walaupun banyak kali gak la aku hampir jadi gila sebab assignments asyik kejar aku je tak henti kan kekeke...tapi, rasa seronok tu sebenar-benarnya lah kan, sebab aku dah tak perlu ulang-alik ke Pagoh dah pasni muehehehe (nampak x permainannya di situ).

Bukan apa, Pagoh tu okay je sebenarnya. Makin lama bila kau duduk kat situ, kau akan mula hargai banyak benda. Kau hargai alam lebih, kau hargai segala kemudahan yang kau ada when you're in KL (ni kes aku la), kau lebih menghargai persahabatan (mana member2 yang kau tinggal sewaktu berada di kampus Gombak tu), kau mula hargai kesempatan-kesempatan untuk join macam2 program sewaktu kat main campus, dan macam2 lagi lah! Ni bagi aku la. Memang banyak benda yang aku mula hargai sejak datang ke Pagoh ni.

Antara perkara2 yang aku enjoy sepanjang duduk kat Pagoh ni adalah langit Pagoh. Langit dia cantik gila Subhanallah aku tak tipu. Kalau aku takde kerja lain, aku rasa hari-hari aku akan tangkap gambar langit dia. Sebab lawa sangat! Seronok tengok langit dia sambil jogging, sambil park kereta (eh, jangan sampai langgar tebing pulak!). Tapi memang itu lah hakikatnya. Udara kat situ lebih bersih berbanding KL la kan obviously, sebab tu langit dia nampak lawa je sebab takde asap yang melindungi (make sense tak?). Anyways, aku ucapkan selamat maju jaya la pada korang2 yang bakal spend your study years kat sana. It's not THAT BAD if you have transportation to explore the place haha! You don't need a car, sewa basikal je jalan-jalan kat area Edu Hub & Panchor tu (pekan kecil just 5 mins away from Edu Hub). Pergi jalan tengok alam sikit. Tengok kelapa sawit, lepak dengan lembu kat kebun sawit, gi lepak tepi sungai Panchor, makan ABC dan cendol tepi sungai ke kan.

Kat Pagoh tu, what I can say la kan, kalau kau rasa stress belajar, senang nak cari tempat untuk tenangkan fikiran. Well, if you're someone yang appreciate nature, you're going to love Pagoh. Tapi kalau cara korang nak release tension tu kena gi karaoke ke apa, hmm sorry lah, jauh ah sikit korang kena travel ke bandar Muar. I suggest korang duduk depan sungai tu je, sambil makan cendol...biar angin petang tiup-tiup muka korang tu...relaks pe!

Papepun, Insya' Allah, I'll be doing my internship this coming short sem, pastu boleh terus grad!!! Tu la yang tak sabar tu. Doakan supaya semuanya dipermudahkan untuk aku dan rakan-rakan seperjuangan aku semua ya! Babai~


Nah, layankan gambar2 langit Pagoh yang aku tangkap sendiri kat bawah ni >>>


Langit senja

Ni masatu nak hujan lebat, seram gila


Sunset

Comments

Popular posts from this blog

What is ENCOM all about?! Part 1 (CFS ver.)

Internship Experience

IIUM Pagoh, Johor