Umrah in 7 days?!

Assalamualaikum semua. Lama betul aku ambil masa nak update blog huhuhu...I really enjoy writing, but it usually takes me a long time to rajinkan diri. So here goes something hopefully...

Last November, I went to perform my umrah in just 7 days. It was my shortest umrah so far! It was a bit hectic and tiring. I went there with my family. We spent only 2 days in Mecca and the remaining 5 days were spent in Madinah. We departed from KLIA 2 as we took the Air Asia flight, at 5 am (yes, we had to perform Subh in the plane, the struggle to wudhu' was real!). So the flight to get to Jeddah Airport took us 9 hours (/。\). Kalau korang nanti nak naik Air Asia gak, below are the things that I recommend you to prepare beforehand eh: 

____________________________________________________________


1. Dinner siap-siap yang agak2 boleh tahan kenyang sampai waktu nak naik flight.

2. Bawalah roti dan bekalan2 yang kering untuk dimakan atas flight, kalau agak2 nak jimat duit makanan.

3. Bawa botol kosong, nanti after dah lepas imigresen, korang pergi isi air kat water dispenser (dorang ada sediakan kat area tepi toilet & surau kat tingkat bawah).

4. Bawa travel pillow & selimut sendiri untuk pakai atas 9 hours flight tu hahaha! Kang terkehel tengkuk & menggigil lak korang atas tu, Air Asia mmg takde bagi bantal & selimut k).

5. Kalau ada selipar / slip-ons shoes yang ringan, bawak dalam hand carry. Nak ambil wudhu kat toilet senang sikit nanti.

After we arrived at our hotel, we all lepak2 dulu, rehat, mandi, and later before Maghrib baru lah we went to Masjidil Haram to perform our umrah, bcs if we were to go out during Asar, panaih lit lit wehhh. Oh, be sure to be careful of the dos and don'ts dalam ihram ye! Jangan sampai kena 'dam' pulak tehehee! At that time, there were soooo many people performing umrah too! 
So memang kena banyak2 bersabar lah hahaha banyak manusia banyak ragam kan! 
\(〇_o)/  

For those yang first time performing umrah, make sure you guys bawak a few pairs of telekung tau. Because trust me, you won't be able to tahan the smell of your telekung after wearing it for 2-3 days (you guys mmg akan berasak gila, so...imagine the smell). Even if korang boleh hantar telekung pergi dobi, bawak lebih daripada dua la sekurang-kurangnya hehehe.

Satu lagi, kalau nak lebih mudah pergerakan masuk masjid, aku sarankan korang bawak beg yang kecil (utk muat phone & purse je), supaya guards kat masjid tu tak perlu lah nak godek beg korang bersungguh sangat. Nak lagi senang, pergi masjid tu bawak diri je! Takdelah kena stop depan pintu masjid untuk digeledah hahaha! Boleh terus masuk je kalau tangan kosong. Oh, tapi plastik/beg kasut sangat penting ok! Kalau ada plastik kasut, sekurang-kurangnya kebersihan masjid lebih terpelihara, takdelah korang letak kasut atas lantai masjid yang suci tu, and keselamatan kasut korang pun akan turut terjaga kekeke! ╰(▔∀▔)╯

Tapi, kalau macam kaum hawa, aku faham...bawak beg tu lebih praktikal dan lebih mudah hehehe. Boleh simpan kasut lah, sejadah lah, kunci hotel lah, handphone dan paling penting, botol air utk tapau air zam zam lah kan hehehe! Apa-apa pun, janganlah sampai nak bawak beg besar-besar, bila nak solat jemaah kan susah...nak letak beg kat mana? Saf sempit, janganlah sampai kerana beg kita yang besar tu, saf kita sampai terputus atau sampai mendatangkan ketidakselesaan pada orang lain pulak tau! 

Salah satu daripada ujian pergi umrah ni kan (bagi aku), adalah tahan wudhu'. Pehhh, serius susah. Cerita dia, kat Masjidil Haram & Masjid An-Nabawi tu, memang payah nak pergi toilet. Sebab masjid dia kan besau, toilet kat luar. Agak leceh la tbh. So, tolong lah jaga pemakanan kat sana, jangan makan kacang2 ke, atau apa-apa benda yang boleh buat korang masuk angin, sakit perut atau nak kerap buang air. Siapa yang boleh tahan wudhu' dia sampai 2 waktu solat tu pun aku dah salute gila-gila! Untung korang, boleh iktikaf kat masjid. Pastu boleh jimat tenaga ulang alik hotel ke masjid. Kalau hotel korang depan masjid takpe lah, tapi kalau yang duduk jauh tu, memang korang kena tahan wudhu' habis-habisan la, kalau taknak pegi toilet masjid hehehe! (aku mmg ada masalah skeptical dgn mana2 toilet awam hihi).

Satu lagi aku nak pesan kat korang yang nak pergi Mekah, everytime korang masuk dan keluar masjid, tolong make sure dari pintu mana korang masuk tau. Karang pintu masuk lain, tiba-tiba keluar kat lain pulak haaa gelabah korang nanti ingat sesat kat mana haha! Tapi kalau korang tahu jalan balik dari pintu yang berbeza, tiada masalah (o˘◡˘o)


Kitorang kat Mekah sekejap je sebab memang dah niat nak duduk Madinah lebih lama, sebab situ pun suasananya lebih aman dan tenang hihihi...mungkin atas faktor maqam Nabi SAW terletak disitu juga kot. Dekat Madinah, Subhanallah...terasa jauh lebih tenang suasana dia, percayalah cakap aku. Compared to Mekah kan, semua orang rushing je tau. Dalam masjid, luar masjid, semua rushing. Kalau kat Madinah tak. Orang tenang je...takde rushing rushing. Sebabtu kalau kat Madinah, kita kurang sikit rasa penat, sebab tak perlu berjalan laju-laju bersesak-sesak macam kat Mekah. Namun begitu, kalau kat Madinah, ada satu tempat yang kau akan nampak orang berasak-asak...iaitu di Raudhah. Andai ada yang masih tidak tahu apakah Raudhah tu, Raudhah tu adalah tempat dimana terletaknya maqam Nabi tercinta kita, Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Baginda; Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab RA. 


Setiap kali aku ke sini, aku akan rasa sedih dan kecewa dengan umat manusia ni. Sebab apa? Dorang sangat-sangat tidak menjaga adab ketika di sini. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab setiap kali nak masuk ke Raudhah, Masya Allah semuanya berebut macamkan hape. Belum kira bertolak-tolak, menjerit-jerit tinggikan suara kat situ. Aku kecewa sangat. Perbuatan semacam tu menunjukkan betapa tiada rasa malu dan segannya kalian dihadapan Rasulullah SAW. Apa lah salahnya kalau kita beratur elok-elok, dengar kata guard yang bertugas...masuk dengan tertib, tak perlu tolak-tolak. In the end korang akan dapat masuk jugak kan? (;⌣̀_⌣́) It was such a 'sorry sight', really. I pity the guards as well, they were telling the crowd to sit down and wait patiently for their turn to go in, but to no avail. 


There are a few process that you will need to go through before going in tau. If you go in right after prayer time, it will be so crowded. Believe me, I've gone through the craziness being caught in a crowd of impatient people huhuhuhu (it was terrible!) So I'll share some of the tips to go to Raudhah below later on, so make sure to read till the end! 


Okay, so Raudhah tak dibuka selalu untuk kaum hawa masuk tau. Macam kaum Adam dorang ada access ke Raudhah lebih kerap la dibanding kita ni. Muslimat boleh access ke Raudhah 1) Lepas Subuh dan 2) Lepas Isyak. In between tu takleh masuk pun. Lepas Zuhur boleh la masuk, tapi hanya setakat luar kawasan Raudhah je. 






Nampak kan ada area yang bertutup plastik putih tu? Ha, belakang area tu lah kawasan Raudhah. Tapi, lepas Zuhur Muslimat dapat access takat ni je, takleh masuk ke Raudhah pun. So kalau korang datang waktu ni, memang dapat baca Quran, solat sunat area luar tu je lah. Kelebihan kalau datang time ni ada satu je, korang takkan dihalau keluar walaupun beribadat lama-lama kat situ huhuhu. Kalau tak tu kan, asal baru nak beribadat ni, dah kena halau. "Hajjah bangun hajjah! Bangun!". Itu jela ayat yang keluar dari mulut-mulut guards masjid tu. Geram tau! Nak beribadah pun tak senang. 

(ノಥ益ಥ)ノ






Ramai gak rupanya insan-insan yang tertipu macam aku masa tu hehehe. Bermati-matian gak la dorang dok berebut nak masuk dalam, tengok2 dapat takat ni je huhuhu. Sadis...

Kalau korang nak masuk Raudhah dengan tenang kan, korang pergi pukul 11 pm keatas. Raudhah akan dibuka untuk muslimat dari selepas Isyak sampailah around 1.30am macam tu. Macam aku haritu, lepas Isyak tu, aku balik hotel dulu. Makan dinner, tidur dulu then pukul 11pm baru aku keluar perhi masjid balik. Insya'Allah, masatu korang akan rasa jauhhhh lebih tenang nak masuk Raudhah ٩(◕‿◕。)۶ Masatu orang still ramai, tapi tak seramai biasa. Masatu, ada la chance nak solat sunat dua rakaat kat dalam Raudhah. Satu nasihat aku, aku faham korang mesti taknak lepaskan peluang untuk solat sunat dalam Raudhah kan. Tapi tolonglah jaga keselamatan dan jangan susahkan orang lain tau. Once you're inside, you'll see many kinds of people. Ada yang akan buat lingkaran sesama dia untuk lindungi kawan dia solat and take turns doing that. However, masalahnya bila korang buat macam tu, mengganggu orang lain tau. Orang dah la memang tengah berasak2, pastu bila korang buat lingkaran macam tu, agak-agak keadaan macam mana jadinya? Jadi, waktu ni lah korang boleh gunakan ilmu yang korang belajar masa sekolah dulu. Solat berdiri. Waktu macam ni lah korang boleh praktikkan ilmu korang dah belajar dulu tu. Kalau masatu keadaan tak sesak, solat je lah macam biasa.


Tapi dalam banyak2 waktu aku masuk Raudhah, pergi selepas Subuh adalah waktu yang terbaik. Masatu orang serius tak ramai. Boleh solat sunat lebih daripada dua rakaat huhuhu. Tak percaya, pergilah try sendiri hehehe. Memang aman sangat masa tu. Jangan pergi sejurus setelah solat subuh. Korang balik hotel dulu, breakfast, pergi toilet, buat apa yang patut then pukul 8am centu baru pergi Raudhah. Masatu memang tenang. Tenang sangat. Walaupun macam gini gak lah ramai orang tu hehe.



Guards akan suruh kita berkumpul ikut nationality tau. Macam Asians dia akan letak satu kumpulan. Maksudnya kita akan masuk Raudhah dalam group yang sama. Kalau Turkish asing, Pakistanis lain. Tapi masa ni korang akan nampak beberapa warga lain menyelit duduk dalam group Asia. Aku agak dorang tak nak kumpul dengan group dorang sebab group bangsa dorang terlalu agresif kot hehehe. Kalau Asians ni macam tak dela agresif sangat tolak-menolak tu kan. Maybe sebab tu la kot. Okay, tu je aku boleh share so far.







Comments

Popular posts from this blog

What is ENCOM all about?! Part 1 (CFS ver.)

Internship Experience

IIUM Pagoh, Johor